MAN CITY 1 MADRID 1
(Madrid menang selepas penentuan penalti 4-3)
Pep Guardiola sama sekali tidak kesal biarpun usaha Manchester City untuk mengekalkan mahkota Liga Juara-Juara (UCL) berkecai berikutan kalah dalam penentuan sepakan penalti kepada Real Madrid.
Penyandang juara itu tewas 3-4 kepada gergasi Sepanyol tersebut selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat, namun, barisan kendalian Guardiola berkenaan menghidangkan persembahan dominan di Stadium Etihad.
City ketinggalan awal selepas dihukum oleh jaringan Rodrygo sebelum mencipta pelbagai peluang ketika mereka berusaha untuk menguasai semula kedudukan, namun gol penyamaan Kevin De Bruyne pada minit ke-76 menjadi ganjaran tunggal buat mereka.
Pengurus City itu berkata: “Saya lebih suka untuk menang tetapi tahniah kepada Real Madrid, mereka bertahan dengan begitu kental dengan solidariti yang luar biasa dan kami telah mencuba segala-galanya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang telah kami lakukan.
"Kami sentiasa mencipta lebih banyak peluang dan kurang bolos kerana kami percaya itu membantu kami untuk menang dan kami melakukan segala-galanya.
“Kami beraksi dengan luar biasa di semua posisi, malangnya kami tidak mampu menang.”
Astro Arena
Thu Apr 18 2024
Reaksi Guardiola ketika perlawanan suku akhir kedua UCL antara Manchester City dan Real Madrid di Stadium Etihad, Manchester, England, 17 Apr 2024. (Foto AP)
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Rancangan Man United untuk mengurangkan gaji pemain boleh menghalang peluang mereka untuk mengekalkan kapten pasukan Bruno Fernandes.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
UCL: Dua gol Mbappe pastikan Barcelona tersungkur di suku akhir
PSG bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mara ke separuh akhir UCL.
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir UCL menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal.
Jurgen Klopp janji kebangkitan Liverpool
Klopp berikrar bahawa Liverpool akan menunjukkan reaksi hebat terhadap kekalahan mengejut 0-3 di tempat sendiri kepada Atalanta.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Barcelona padam hasrat Napoli
Xavi Hernandez menegaskan Barcelona lebih layak untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Napoli sambil percaya mereka mampu bersaing.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.